Syukur Makin Turun, Sebanyak 2,641 Kes Dicatatkan Berbanding Semalam!
Januari 10, 2022 10:20 MYT
Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan yang agak ketara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,788,860 kes.
Sementara itu dalam kes berasingan, KKM menjelaskan pihakya memantau secara berterusan bekalan dan tarikh luput vaksin Covid-19 yang diterima Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM Norhaliza A Halim berkata, pemantauan itu dilakukan dengan mengguna pakai Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) selain sistem inventori sedia ada yang terdapat di fasiliti terbabit dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
"Berdasarkan semakan, tiada stok vaksin yang luput dibekalkan kepada PSV atau PPV," katanya dalam kenyataannya, hari ini.