Hiburan

"Syukur Mampu Teruskan Majlis Walaupun Dia ..." - Aman Graseka Selamat Bersanding, Isteri Bunting Pelamin

gempak
Amri Hassan
03/01/2019
04:25 MYT
Sponsor Banner
"Syukur Mampu Teruskan Majlis Walaupun Dia ..." - Aman Graseka Selamat Bersanding, Isteri Bunting Pelamin
Selepat mendirikan rumah tangga pada Mac lalu, pasangan pelakon Aman Graseka dan Reena Areena telah selamat melangsungkan majlis persandingan mereka 22 Disember lalu.
Baru sahaja berkongsi momen istimewa itu, Aman, 51, menghela rasa lega apabila majlis persandingan itu berjalan lancar walaupun isterinya kini berbadan dua.
"Alhamdulillah majlis berjalan lancar 22 Disember 2018. Syukur wife saya Reena mampu meneruskan majlis walaupun dia penat sangat-sangat sebab pembawakan baby.
"Tapi dia teruskan juga tersenyum bersama-sama dengan saya," tulisnya yang turut berkongsi beberapa foto indah pada majlis resepsi itu.
Aman dan Reena kelihatan berseri-seri dengan busana songket berwarna kuning pada majlis tersebut.
Perkongsian Aman itu sekali gus menjadi pengumuman buat peminatnya yang rata-rata mula melayangkan ucapan tahniah buat pasangan bahagia itu.
Pasangan itu mula berkenalan ketika penggambaran drama bersiri Papa Nak Menantu pada 2017.
Kemudian mengambil keputusan untuk bernikah pada Mac lalu dan majlis ringkas itu diadakan di Kuala Ketil, Kedah.
Aman yang mencipta populariti menerusi filem Cinta Kita pada 1995 pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu pada 1997.
Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 10 tahun dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nurdayini Ashiqah yang ketika ini berusia 20 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024