"Syukur Penghargaan Ini Diberikan Ketika Masih Hidup"- Fauziah Nawi Tak Sangka Terima Gelaran Datuk Selepas 50 Tahun Jadi Anak Seni
Syafiqah Jalal
04/07/2023 23:48 MYT
04/07/2023 23:48 MYT
Seniwati, Datuk Fauziah Nawi terkejut dan tak menyangka selepas 50 tahun berkecimpung dalam dunia seni akhirnya terima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk yang diterimanya semalam.
Namun Fauziah Nawawi, 70, tetap bersyukur kerana berpeluang terima penghargaan itu ketika masih hidup dan berkarya.
"Sejujurnya saya sememangnya terkejut dan tidak mengharapkan apa-apa tapi sangat bersyukur apabila penghargaan ini diberikan ketika saya masih bernyawa.
"Saya juga bersyukur kerana banyak pihak membantu saya semasa perjalanan karier saya sehingga di mana saya ada sekarang.
"Cuma saya sedih kerana ketika saya dapat penghargaan ini... mak bapa saya tak ada. suami tak ada anak lelaki saya pun tiada meninggalkan saya tak dapat menyaksikan," katanya kepada Gempak.
Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ibu ditemui di Gempak ketika Konsert FYP MeleTop yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Selasa.
Yang di-Perthan Agong turut mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Izham Ismail pada hari yang sama.
Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara di sini.
Pun begitu, Fauziah memberitahu pengiktirafan yang diterima itu sangat bermakna buat diri dan kerjayanya selama ibi.
"Saya tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik, jadi pengiktirafan ini memberikan erti dan makna yang cukup indah buat saya.
"Apa yang pasti, ini adalah tanggungjawab besar untuk saya terus memberikan yang terbaik pada masa akan datang," ujarnya.
Fauziah merupakan seorang yang ceburkan dir dalam bidang juruhebah radio, pengarah, pelakon, penyanyi dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim keempat (2006) dan keenam (2008).