HIBURAN
"Syukur Saya Tak Diboikot!" - Eda Ezrin Masih Terima Banyak Tawaran, Cari Masa Tebus Rindu Dengan Anak-Anak
Penyanyi dikir barat popular Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, mengakui menerima banyak jemputan persembahan sejak kembali ke pangkuan keluarga pada 7 Ogos lalu.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu yang dikenali dengan lagu Bea Soba Bea berkata, buat masa ini fokus utamanya adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak selepas lebih sembilan bulan terpisah.
“Alhamdulillah, saya terima banyak permintaan untuk membuat persembahan, namun saya meminta masa untuk bersama anak-anak dan keluarga dahulu. Saya mahu menebus masa yang hilang dan membeli jiwa anak-anak selepas sekian lama ditinggalkan.
"Syukur saya tidak diboikot apabila masih ramai yang mahukan saya membuat persembahan,” katanya kepada Harian Metro.
Eda turut berkongsi bahawa kehidupannya kini semakin stabil sejak pulang ke pangkuan keluarga hampir tiga minggu lalu.
Katanya, dia juga sudah mula keluar bersama anak-anak di pusat beli-belah dan gembira dengan penerimaan baik orang ramai.
Sebelum ini, Eda memaklumkan dia kini memberi tumpuan kepada penulisan lirik lagu yang diinspirasikan daripada pengalaman hidupnya, khususnya sepanjang melalui tempoh mencabar sebelum ini.
Media melaporkan, Eda bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat, Thailand awal bulan ini selepas ditahan lebih sembilan bulan. Mahkamah membuat keputusan tersebut apabila pihak pendakwa raya gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk meneruskan rayuan kes berkenaan.
Sumber: Harian Metro