Laman Utama
“Syukur Tiada Demam…”- Soo Wincci Amalkan Air Kelapa Selepas Terima Vaksin Covid-19
Penyanyi Dr Soo Wincci akui tidak mengalami apa-apa simptom selepas selamat menerima dos pertama vaksin AstraZeneca (AZ) beberapa hari lalu.
Menurut Soo Wincci dia mengamalkan minum air kelapa sebelum dan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tersebut bagi mengelak demam.
“Hari kedua selepas dapatkan AZ saya minum banyak air kelapa.
“Bersyukur tiada demam atau apa symptom,” katanya.
Wincci berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik segelas air kelapa yang diamalkan.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan terima kasih di atas tip yang diberikan.
Wincci baru pulang ke Malaysia untuk bercuti rehat. Dia kini melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol.