Syukur! Ziarah Kubur Akhirnya Dibenarkan, Namun Mestilah Di Luar Waktu…
29/08/2021 01:00 MYT
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad.
Menurutnya, aktiviti ziarah kubur semasa bukan musim perayaan adalah dibenarkan dan tiada prosedur operasi standard (SOP) khusus ditetapkan.
"Apa yang penting ialah setiap mereka yang menziarah kubur ini mesti memastikan supaya penjarakan fizikal satu meter diamalkan.
"Pemakaian pelitup muka dilaksanakan disamping menjaga kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya.
"Jadi dengan itu, perkara mengenai ziarah kubur dibenarkan dan ia mesti tertakluk kepada SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa," katanya.
Sekadar info, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei lalu, ziarah kubur masih tidak dibenarkan biarpun ketika sambutan Aidilfitri.
Sumber : Astro Awani