Penyanyi dan pelakon, Syura Badron meluahkan rasa kesal dengan sikap individu yang menjatuhkan fitnah terhadap produk kecantikan miliknya.

Menerusi akaun Instagramnya, Syura memberitahu individu itu juga turut memetik nama isteri penyanyi Lan Solo, Shiela Razlan dan memberikan amaran kepadanya untuk berhenti menggunakan produk berkenaan.

Malah individu itu juga menuduh produk kecantikan Syura boleh mengakibatkan penyakit kanser.

Syura juga turut mendedahkan tangkap layar Direct Message (DM) individu itu menerusi hantaran terbaharunya hari ini.

“Haritu kes sugar daddy Syura juga kena kecam. Ni kes fitnah produk pula. Siap DM @lansolo_official dan bagitahu kalau produk ni boleh jadi kanser sebab @shielarazlan salah seorang pengguna produk kecantikan Charmant.

“Produk ni kita buat RND, ada KKM, ada LABTEST… Mana datang kanser tu? (Boleh slide tengok NOT KKM)

“Syura sangat faham banyak produk kecantikan kat Malaysia ni yang ada mengandungi bahan-bahan bahaya dan sudah pasti kita kena berhati-hati.

“Tapi kalau boleh, siasat lah dulu betul-betul… Janganlah main fitnah macam ni je. Sedih kadang-kadang tengok orang kita sendiri jatuhkan orang kita juga.

“Tolonglah bersihkan hati masing-masing… Kalau rasa tak nak support, tak perlu beli dan percaya. Syura pun boleh faham tapi janganlah sampai fitnah macam ni,” luahnya.

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)


Syura bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai sebahagian daripada dugaan yang perlu ditempuhi sebagai seorang ahli perniagaan.

“Tak apalah, mungkin dugaan ni Allah bagi untuk Syura jadi lebih kuat untuk hadap dugaan yang lebih besar nanti.

“Kepada individu berkenaan… Semoga awak diberikan kesedaran dan taubatlah. Dosa fitnah ni dosa besar! Lagi besar dari dosa membunuh,” tulisnya.