Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka China, Bangkit Pecah Dominasi Tuan Rumah

Gempak
22/09/2024 11:54 MYT
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, dalam final Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou sebentar tadi.

Sze Fei dan Izzuddin bermula perlahan dalam set pertama, di mana mereka ketinggalan 0-6 sebelum tewas mudah 13-21.

Bagaimanapun, kecederaan belakang yang dialami He Ji Ting pada penghujung set pertama merencatkan rentak permainan beregu China itu untuk Sze Fei dan Nur Izzuddin merampas set kedua dengan kemenangan 21-12.

Keadaan itu terus dimanfaatkan pasangan negara berkenaan untuk menjuarai kejohanan bertaraf Super 1000 itu dengan kemenangan 21-17 dalam set ketiga selepas bertarung selama 58 minit.

Sebagai rekod, hanya acara beregu lelaki gagal dimenangi China dalam edisi kali ini.

Selaku juara, Sze Fei dan Nur Izzuddin membawa pulang wang hadiah kemenangan berjumlah US$148,000 (RM622,000).

Sumber: Stadium Astro
#badminton #Goh Sze Fei #Beregu Lelaki #Nur Izzudin #Terbuka China