Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tabiat Orang Kita, Lupa Diri Bila Pegang Stereng" - Osman Ali

Elrafaei Sapi
20/12/2018 09:45 MYT
Macam-macam cerita dan pengalaman boleh dilalui ketika berada di luar negara termasuk pengarah filem terkenal, Osman Ali yang berdepan satu situasi yang mencuit hati.

Alkisah, pengarah filem Langsuir ini sedang berada di Thailand. Sebelum ini dia turut memuat naik foto makanan di negara itu menerusi media sosialnya baru-baru ini.

Bagi kebanyakan pelancong tahu Negara Gajah Putih itu sememangnya terkenal dengan keunikkan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Osman turut memuat naik video penjual pisang salai sambil mengimbau kenangannya bersama arwah tok di Thailand yang membawa makanan itu ketika menjenguk cucu di Malaysia.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen bukanlah cerita makanan tapi kisah pengarah itu melalui pengalaman memandu kereta di sana.

"Semasa memandu di Thailand, sebagai orang luar, memandu again perlahan Sambil Cari jalan, tapi tiada sebuah pun kereta orang Thailand di belakang yang membunyikan horn marah.

"Tapi tetiba bunyi satu horn marah yang kuat dan sebuah kereta melintas. Bila tengok nombor plat, orang Malaysia jugak! Hmm..," katanya dalam status yang dikongsi menerusi akaun Facebooknya, hari ini.



Nampaknya, Osman memberikan gambaran sikap pemandu yang membunyikan hon terhadap kenderaan di hadapan yang memandu secara pelahan rupanya adalah masyarakat Malaysia sendiri.

Apapun, ia cuma membabitkan segelintir masyarakat di negara ini yang bersikap sebegitu.

"Tabiat orang kita, Lupa diri bila pegang stereng," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: driving-in-thailand.com
#Thailand #Osman Ali #Langsuir
;