Gaya Hidup
Tabiat Syed Saddiq Bawa Buku Nota Ke Mana Sahaja Dapat Pujian Netizen
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan netizen apabila tabiatnya yang sering membawa buku nota tular di media sosial.
Menerusi satu tweet yang dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter, dia berkongsi beberapa keping foto pemerhatiannya terhadap amalan baik menteri itu.
Menerusi tweet terbabit lagi, dia memuji tindakan Ahli Parlimen Muar itu yang sering mencatat apa jua idea yang terlintas di fikiran dan maklum balas yang diterima sewaktu bertemu dengan orang ramai.Unrelated to #Undi18 but I have to tweet this.I like how @SyedSaddiq always carries a notebook with him everywhere he goes. He’s quick to jot down ideas and feedback from anyone he meets - from the PM to palataus to school children.I think everyone should have the same habit pic.twitter.com/1H4wkbSPMv— Asrul Muzaffar (@asrulmm) July 16, 2019
Tindakan Saddiq itu menarik banyak komen positif daripada netizen.
Malah, ada seorang netizen yang berkongsi pengalamannya yang mempunyai tabiat sama semenjak di bangku sekolah lagi.
“I developed this kind of habit since high school. Now I’m addicted bawak pen pergi mana-mana and sometimes it helps me a lot,” ujarnya menerusi ruangan komen.
Tidak kurang juga, ada netizen yang baru menyedari menteri itu merupakan seorang kidal.
Namun, dalam kebanyakkan komen positif, ada juga netizen yang lebih suka menaip di dalam telefon pintar berbanding buku nota kerana pada mereka ia lebih cepat.
Tetapi, ramai yang memberi pendapat menaip dalam telefon pintar dan menulis dengan pen dan buku nota tidak sama.
Ada juga yang berpendapat menulis di dalan buku nota membuatkan kemahiran menghafal dan berhubung dengan sesuatu catatan itu lebih kuat berbanding menaip di telefon.
Terdahulu, Saddiq menerusi tanda pagar #undi18 berjaya meraih kepercayaan Dewan Rakyat bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Sumber foto: Twitter @asrulmm
Must-Watch Video