Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Tadaaa! Berat Umur 6 Bulan, 10.3 Kg” - Betty Rahmad

Mya Amri 26/07/2019 | 13:02 MYT
Pelakon Betty Rahmad berkongsi berat terkini anak lelaki kesayangannya, Ardy Wira.
Menerusi posting terbaru diakaun Instagram anaknya, Betty memberitahu Ardy kini mencecah 10.3 kilogram (kg) diusia 6 bulan.
Bagaimanapun kata Betty, selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh doktor memberitahu perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana ia adalah normal.
“Tadaaaa! Berat saya umur enam bulan, 10.3 kg. So siapa betul nah saya bagi kiss untuk aunty.
“P/s: Jangan ada yang risau ya, doktor cakap saya okay. Alhamdulillah. Mommy bagi susu ikut time.
“Lepas tu saya minum susu mommy jadi tak apalah saya gendut pun. Doakan saya sihat selalu okay,” tulisnya.

Tadaaaa! Berat saya at 6months 10.3kg. So siapa teka betol, nah saya bagi kiss untuk aunty? #6monthsold . P/S- Jangan ada yang risau ya, doctor cakap saya ok alhamdulillah. Mommy bagi minum susu ikut time pastu saya minum susu mommy so takpelah saya gendut pun. Doakan saya sihat selalu ok! ❤️

A post shared by Ardy Wira Bin Ardy Shafiq (@ardywira_) on

Ardy Wira sebelum ini sememangnya terkenal dengan wajah comel dan badannya yang tembam.
Terdahulu, Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
#Betty Rahmad #Ardy Wira
;