Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Tadi Sempat Mandikan Ma, Tengok Orang Pakaikan Baju Baru Ma" - Tak Sempat Tunai Umrah Bersama, Bingkisan Issey Buat Arwah Ibu Meruntun Hati

Amri Hassan 23/07/2019 | 22:56 MYT
"Tek minta maaf, tak dah bawa Ma pergi umrah hujung tahun," itu antara janji pengacara Issey Fazlisham bersama arwah ibu, Asiah Haron yang tidak sempat ditunaikan.
BACA: Ibu Issey Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung
Berkongsi khabar duka tentang pemergian ibu tercintanya petang tadi, kata Issey dia sempat bertemu ibunya yang sudah tidak sedarkan diri akibat serangan jantung pagi semalam.
"3 hari Ma dalam wad sebab demam dan darah rendah. Pagi tadi dapat mesej dari anak buah katanya Ma diserang sakit jantung.
"Ma dan pergi. Aku sempat jumpa Ma, tapi dalam keadaan Ma dah tak sedar," tambahnya.
Issey dalam kemas kini Instastories berkongsi perjalanan akhir 'menemani' arwah ibunya sebelum dikebumikan lewat malam tadi.
Malah, menerusi bingkisan akhir buat ibunya, Issey turut mengharapkan dipertemukan semula bersama arwah ibunya biarpun dalam mimpi.
"Masa aku stress, aku call Ma. Tak kira pukul berapa. Ma sentiasa ada dengan aku. Tapi tu dulu dah. Lepas ni Ma takda dah.
"Tadi aku sempat mandi kan Ma, tengok orang pakaikan baju baru untuk Ma. Sempat cium Ma puas puas.
"Aku hantar Ma pergi tempat yang Ma akan duduk sorang sorang. Semua orang cakap Ma cantik sangat. Ya allah. Hantar Ma kat dalam mimpi aku malam ni. Aku nak jumpa Ma. Miss u so much. Al- Fatihah Ma," tulis Issey bersama fotonya berada di sisi pusara arwah ibunya.

Masa aku stress, aku call Ma. Tak kira pukul berapa. Ma sentiasa ada dengan aku. Tapi tu dulu dah. Lepas ni Ma takda dah. Tadi aku sempat mandi kan Ma, tengok orang pakaikan baju baru untuk Ma. Sempat cium Ma puas puas. Aku hantar Ma pergi tempat yang Ma akan duduk sorang sorang. Semua orang cakap Ma cantik sangat. Ya allah. Hantar Ma kat dalam mimpi aku malam ni. Aku nak jumpa Ma. Miss u so much. Al- Fatihah Ma

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Kata-kata meruntun kalbu itu turut menjentik hati pengikut akaun Instagramnya yang bersimpati dengan kehilangan Issey.
Selain doa dan ucapan takziah, nukilan Issey itu sedikit sebanyak menyentak kebanyakan warga maya untuk lebih menghargai insan tersayang sebelum pergi buat selama-lamanya.
#Meninggal Dunia #Ibu #Issey Fazlisham
;