Salah seorang anggota 2PM, Taecyeon menceritakan pengalaman 'ngeri' saat berhadapan sikap segelintir peminat fanatik atau digelar sasaengs.

Sewaktu muncul dalam episod Knowing Brothers, Taecyeon mengenang pengalaman tak enak yang dialaminya bersama seorang lagi anggota 2PM iaitu Chansung.

Menurut Taecyeon, peristiwa 'ngeri' itu berlaku di Singapura sewaktu 2PM mengadakan persembahan di sana.

Dia mengungkapkan bilik hotel mereka telah diceroboh oleh sekumpulan sasaengs yang masuk pada waktu tengah malam.

Hal yang membuatkan lelaki ini berang adalah saat itu dia dan Chansung sedang tidur dalam keadaan bogel!

"Tidur bogel adalah hal biasa yang kami lakukan," katanya seperti yang dilaporkan AllKPop.

Taecyeon menambah, dia tersedar daripada tidur selepas mendengar suara seperti orang berbisik dan ketawa.

"Saya ingatkan hantu, tapi rupanya sasaengs. Jadi saya marah dan memaki mereka dalam bahasa Inggeris kerana mereka bukan peminat Korea," katanya lagi.

Tambah Taecyeon lagi, sekumpulan sasaengs yang terdari daripada lima hingga enam gadis kemudian beredar selepas perlakuan mereka ditangkap.

Sebagai tanda minta maaf kerana telah menceroboh bilik hotel artis pujaan mereka, kumpulan gadis tersebut memberi minuman champagne kepada Taecyeon.

Terdahulu, 2PM melancarkan album terkini mereka berjudul Must pada 28 Jun lalu.

Must juga menjadi album ketujuh dalam tempoh lima tahun selepas Jun. K, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho dan Chansung 'bergabung' semula setelah anggota 2PM tamat menjalani latihan ketenteraan.

Kredit Foto: AllKPop