Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR - “Jagalah Air Muka…”
Gempak
18/04/2024 01:55 MYT
18/04/2024 01:55 MYT
Nampaknya, isu melibatkan pemberian duit raya seperti tidak berkesudahan. Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Kod QR
Menerusi hantaran Facebook yang dikongsi semula di platform X, pengguna media sosial itu memberitahu yang dia sering menerima mesej daripada kenalan, lengkap dengan kod QR bagi memudahkan pemberian duit raya dibuat secara online.
“Maaflah kalau terasa tapi rasa apa eh spam Whatsapp send QR mintak duit raya untuk anak? Ada yang spam berterusan setiap hari pulak tu.
“Awak kalau pergi beraya rumah orang memang akan mintak duit raya dengan tuan rumah ke? Duit raya ni tak perlu minta-minta, orang nak bagi dia akan bagi. Tunjuklah contoh yang baik untuk anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, pengguna media sosial itu turut menasihati supaya tidak lagi berbuat demikian supaya air muka suami dan ahli keluarga yang lain terjaga.
“Jagalah air muka suami dan keluarga lain sama. Jangan normalizekan budaya suka meminta. Maaf saya memang suka memberi tapi saya tak suka orang meminta,” tulisnya.

Komen netizen
Meninjau ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat mengenai situasi berkenaan.
Ada yang turut mengalami hal yang serupa dan ada juga yang mempersoalkan dari mana timbulnya budaya suka meminta duit raya.
Sumber foto: Sinar Harian, QR.io
Sumber: Platform X