BERITA
Tahan Lama Hadiah Buat Peminat Sebelum KRU Dibubarkan
Anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim, menjelaskan akan melancarkan single terbaharu berjudul Tahan Lama sabagai hadiah kepada peminat.
Menurut Norman, ini merupakan single terakhir KRU sebelum kumpulan itu akan dibubarkan pada 6 Mei ini.
"Kami akan melancarkan single baharu dan ia merupakan hadiah terakhir KRU kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kami.
"Single ini merupakan sesuatu yang istimewa kerana kami akan berduet bersama Joe Flizzow.
"Diharapkan dengan kehadiran single ini akan terubat sedikit kerinduaan buat semua peminat yang telah menanti kehadiran single kami selama ini," katanya kepada Astro Gempak.
Norman berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media tergempar ‘Gergasi’ KRU, yang diadakan di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Konsert Gergasi KRU 25 akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei ini di Istana Budaya.
Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert Gergasi KRU 25 boleh mendapatkan tiket di www.kruarena.com.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video