Berita
Tahan Sakit Lebih 16 Jam, Ardell Aryana Selamat Bersalin Anak Sulung
Pelakon Ardell Aryana selamat melahirkan anak sulungnya awal pagi tadi selepas menahan sakit lebih 16 jam.
Menurut suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell melahirkan anak mereka secara normal pada pukul 2.22 pagi tadi.
"Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tidur tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik-baik daripada kalian semua.
"Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini, 5 June 2020, pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 jam," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Bagaimanapun, Adhwa tidak mendedahkan jantina bayi mereka lagi.
Dalam posting tersebut, Adhwa turut memuat naik gambar dirinya menyambut kelahiran anak sulung mereka yang kini turut mempunyai akaun Instagram sendiri.
Sehingga kini, akaun Instagram anaknya @babyadhwardell mempunyai lebih 32,000 pengikut.
Dalam pada itu, katanya, perasaannya kini juga sukar digambarkan selepas selamat bergelar seorang bapa.
"Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih, sayu , gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
"Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial ❤️ kerana sama-sama berjuang dengan @ardellaryana. Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua," kongsinya.
Sementara itu, Gempak sedang mendapatkan komen lanjut daripada Adhwa mengenai berita kehamilan ini.
Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.
Saksikan drama lakonan Adhwa dan Ardell di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!