Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Tahanan Bersembunyi Di Kebun Durian Berjaya Ditahan Semula

Gempak 28/11/2024 | 05:25 MYT

Tahanan lelaki warga Indonesia yang lolos ketika berada di Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada Isnin, berjaya ditahan semula di kebun durian Taman Melaka Pindah di sini, pada petang Rabu.

BERITA BERKAITAN:“Alhamdulillah, Saya Pun Tak Sangka” - Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ‘Mendonia’, Nadhir Nasar Syukur Ramai Yang Suka

BERITA BERKAITAN:Dituduh Jadi Pembuli, Aiman Ameer Anggap Fitnah Tak Berasas– “Saya Tak Salahkan Tapi…”

Suspek berusia 38 tahun diberkas dalam keadaan tangan yang tidak bergari kira-kira jam 6.10 petang ketika bersembunyi di kebun berkenaan.

Menurutnya, tahanan dipercayai lolos ketika dalam perjalanan untuk dibawa masuk ke dalam kenderaan penguat kuasa kira-kira jam 10.10 pagi.

"Secara tiba-tiba suspek menolak pegawai pengiring dan terus melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah ke arah kawasan semak berhampiran dengan tangan masih bergari.

“Ketika kejadian, suspek memakai kemeja-T berwarna biru muda dan berseluar panjang putih,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Jelasnya, selepas menerima laporan kejadian itu, pihaknya telah melancarkan Op Tutup dan Op Kesan untuk mencari dan menangkap semula suspek.
Ashari berkata, pihaknya turut meminta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) namun setakat ini suspek masih belum dapat dikesan dan kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat suspek diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah atau balai polis berhampiran,” katanya lagi.
#Durian #Tahanan #ditemui #dusun #lolos
;