Tahniah! Adira Suhaimi Timang Cahaya Mata Kedua

Zulaikha Yusof
September 9, 2018 06:18 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi telah selamat bersalin awal pagi tadi.
Bergelar ibu buat kali kedua, Adira berkongsi perasaan syukurnya di Instagram.
Adira telah menjalani pembedahan Caesarean atau LSCS untuk kelahiran anak keduanya.
Adira dan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red telah berkahwin pada 3 Disember 2015 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini, Anggerik.
#Penyanyi #Penyanyi #Adira Suhaimi