Pelakon Ainul Aishah selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Khalid Redzuan pada Sabtu.

Namun, Ainul mula berkongsi beberapa foto majlis pertunangan itu malam tadi menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam entri berbeza, Ainul berkongsi foto memakai persalinan cantik bersama tunangnya serta beberapa foto sekitar majlis dan dulang hantaran.

"Pertunangan Khalid Redzuan & Ainul Aishah.

"#KRxAA 27/03/21," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Perkongsian itu semestinya menarik perhatian para pengikut Ainul untuk meninggalkan komen ucapan.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan memuji kecantikan Ainul pada hari penanda ikatan itu.

Turut meninggalkan ucapan adalah pelakon Nabila Huda.

"Wah tahniah!" tulisnya.

A post shared by A I N U L . A ? (@ainulaishah)


A post shared by A I N U L . A ? (@ainulaishah)


Empat hari lalu, Ainul telah memaklumkan tentang majlis pertunangannya itu menerusi satu posting di Instagram.

Terdahulu, hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak awal tahun 2018.

A post shared by A I N U L . A ? (@ainulaishah)