Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) terus mengekalkan prestasi apabila memenangi Platinum pada Anugerah Putra Brand 2020.

Ini merupakan kemenangan sekali lagi Astro dalam kategori Rangkaian Media di anugerah berprestij itu.

Dengan kemenangan ini, ia merupakan tahun ke-11 berturut-turut rakyat Malaysia memilih Astro sebagai jenama media terkemuka.

Ia sebagai pengiktirafan atas kejayaan Astro dalam menyampaikan kandungan berkualiti meliputi pelbagai sudut termasuk pendidikan, hiburan yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, lapor Awani.



Dilancarkan pada 2010, Anugerah Putra Brand ialah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.