Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini

Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Bertunang Secara Online... Gambar Edit Nampak Real Sungguh!

Kamaruddin Razal 28/04/2020 | 11:02 MYT
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat selamat melangsungkan pertunangan dengan pengacara Nabil Mahir.
Selepas Nabil melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu, mereka selamat melangsungkan pertunangan sebentar tadi.
Bertunang secara 'online', Ayda dan Nabil memilih tarikh pertunangan hari ini, 28 April bersempena sambutan hari lahir Nabil yang ke-32.
Nabil dan Ayda berkongsi perkhabaran gembira itu di laman Instagram masing-masing.

????? . Proposal on my birthday, Engagement on your birthday. I know we can make it until the end of our days. Officially, My Fiancé. . Kumbang sudah merisik bunga, Direstui oleh ahli keluarga, Lamaran diterima pertunangan pun juga, Walaupun online tetap mesra dan bahagia. . #AydaJebat #NabilMahir #WuvvShow #BilAydaJatuhCinta #MerisikDanBertunangOnline #GambarEditBoekPunya #WuvvWaff

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Awal bermula dengan bismillah, Syukur hanya kepada Allah. Selawat Nabi kepada Rasullullah, Semoga pertemuan ini membawa berkah. PKP arahan pemerintah, Mengingkarinya akan disaman. Hajat dihati dah nak melimpah, Ingin menyunting bunga di taman. Walaupun jauh cinta tidak terhenti, Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera, Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, Harap doa yang baik-baik dari semua. Gambar ini fully edited ye ✌?? Nak tengok event tu? Make sure subscribe dan tekan loceng kat YouTube WuvvShow ? #WuvvShow #AydaJebat #NabilMahir #stayhome #kamicare #dudukrumah #tunang #pertunangan #BilAydaJatuhCinta #WuvvWaff

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on

Melangsungkan pertunangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung, mereka tetap menjayakan majlis mengikut kreativiti sendiri.
Apa yang menariknya, majlis dilangsungkan secara atas talian dan mereka turut berkongsi foto suntingan yang kelihatan sangat 'real' di Instagram!
Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira ini.
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
;