Tahniah! Azizulhasni Raih Tempat Kedua di Union Cycliste International

Zulaikha Yusof
Disember 19, 2018 05:01 MYT
Jaguh pelumba negara, Azizulhasni Awang berkongsi perkhabaran gembira mengenai dirinya berada di kedudukan kedua di Union Cycliste International (UCI) World Ranking untuk kategori Keirin Lelaki.
Menurut entri terbaharu di Instagram (IG), Azizul mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa mendoakan serta sokongan tanpa henti.
"Hello everyone. I would like to share with all of you a good news!
"I am currently ranked No 2 in the Union Cycliste Internationale (UCI) World Ranking in Men's Keirin.
"I dedicate this to all of my sponsors who always put their trust on me and keep supporting me no matter what," tulis Azizul.
Di ruangan komen IG Azizul dihujani dengan ucapan tahniah serta beranggapan Azizul layak meraih kejayaan itu.
#Azizulhasni Awang #Azizulhasni Awang #Pelumba Negara