"Tahniah Beauty With Brain" - Bekerja & Belajar Dalam Satu Masa, Hawa Rizwana Bukti Mampu Dapat 4 Flat

Zulaikha Yusof
November 19, 2019 03:07 MYT
Penyampai berita, Hawa Rizwana berkongsi khabar gembira apabila lulus cemerlang 4 flat dalam peringkat Sarjana untuk semester pertama.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Hawa melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya.
"Alhamdulillah terima kasih kepada pensyarah kesayangan, keluarga dan rakan-rakan #deansaward," tulisnya.
Rata-rata pengikut kagum dengan kejayaan yang diperoleh serta memberikan ucapan tahniah kepada Hawa.
Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji kejelitaan Hawa serta menggelarkannya 'beauty with brain'.
Dalam pada itu, Hawa turut berkongsi beberapa keping foto ketika majlis penghargaan dekan yang diadakan pada hari Ahad lalu.
Hawa kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
#Penyampai Berita #Hawa Rizwana