Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tahniah! Bintang CUCKOO Paling Gempak Milik Roy, Menang Periuk Masak Tekanan Berkembar (Dwi Tekanan) CUCKOO JHT10

Amri Hassan
28/11/2019 14:38 MYT
Baru sahaja dilancarkan serentak dengan KONSERTKOO #withCUCKOO pada 23 November lalu, bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Roy menjadi antara pengguna terawal Periuk Masak Tekanan Berkembar (Dwi Tekanan), CUCKOO JHT10 bernilai RM3,000!

Seiring dengan iltizam untuk memberikan pengguna pilihan peralatan kediaman yang lebih sihat, canggih serta mampu dimilik dari Korea, CUCKOO mengorak langkah dengan memperkenalkan pula Periuk Masak Tekanan Berkembar (Dwi Tekanan) dengan Teknologi Pemanasan Induksi yang pertama seumpamanya di Malaysia - JHT10!

Periuk serbaguna yang menggunakan teknologi terkini yang dipatenkan di Korea ini membolehkan anda menikmati fungsi masakan bertekanan biasa atau tinggi – mengikut keperluan anda.

Pilihan 2 fungsi ini bakal memberikan masakan yang lebih sekata pada masa yang lebih singkat, membebaskan anda dari perlu memiliki periuk yang berlainan untuk masakan yang berlainan tanpa tekanan untuk kepelbagaian masakan, dan tekanan tinggi untuk kesempurnaan masakan daging.

Periuk serbaguna ini juga didatangkan dengan kawalan suara pelbagai bahasa, bahagian dalaman dan luaran yang menggunakan keluli tahan karat dan 22 fungsi keselamatan.

Malah ia dilengkapi dengan 14 mod masakan seperti menanak beras, penapaian roti, masakan perlahan, menggoreng serta banyak lagi kelebihan lain yang pasti menjadikan pengalaman memasak anda, satu keseronokan dan kepuasan!



Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang CUCKOO Paling Gempak minggu kelapan?

Dipilih oleh peminat menerusi laman sesawang Gegar Vaganza, anda boleh mengundi bintang GV2019 kegemaran anda sekarang di www.gegarvaganza.com.my.

Undian akan dibuka sepanjang minggu dan akan ditutup setiap Ahad, jam 6 petang.

CUCKOO juga menjadi penaja bersama rancangan hiburan popular Gegar Vaganza 2019 (GV2019) yang bersiaran setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
#Cuckoo #Gegar Vaganza 2019 #Roy
;