HIBURAN
“Tahniah Datuk Hafez & Datin Nelydia” - Perkongsian Jurusolek Di IG Raih Perhatian Netizen
Perkongsian jurusolek terkenal iaitu Rozlan Nassir yang memperlihatkan pelakon Nelydia Senrose bersama suaminya, Hafez Halimi di Instagram menarik perhatian netizen.
Ucapan tahniah
Apa yang menarik perhatian netizen apabila Rozlan meletakkan kapsyen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dengan menggunakan gelaran Datuk dan Datin.
“Tahniah Datuk Hafez Halimi dan Datin Nelydia,” tulisnya secara ringkas.
Bagaimanapun Rozlan tidak memberi maklumat terperinci mengenai ucapan tahniah tersebut.
Biarpun tiada sebarang pengesahan, namum rata-rata netizen di ruang komen mengucapkan tahniah kepada Nelydia dan suami.
ARTIKEL BERKAITAN: Dipeluk Nelydia Senrose, Hariz Hamdan Mohon Maaf - “Mungkin Pada Saat Itu Dia Rasa…”
Difahamkan hari ini berlangsungnya Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sultan Pahang berkenan berangkat menyempurnakan istiadat yang diadakan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Pahang pada Sabtu.
Menguatkan spekulasi itu, Rozlan juga berkongsi foto dan video dan meletakkan lokasi di Kuantan, Pahang.
Usaha Gempak menghubungi Nelydia untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu gagal apabila mesej yang dihantar tiada balasan.
Untuk rekod, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019 dalam sebuah majlis tertutup.