Pakar bedah terkenal, Dr. Amalina Che Bakri menerima penghargaan dalam kategori profesion di Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021 (UK Women of the Future Award 2021).

Berita gembira itu dikongsi Amalina menerusi kemaskini di akaun Twitter miliknya pada Khamis.

Menurut Amalina, beliau terharu dan rasa rendah diri dikelilingi wanita-wanita muda Britain yang hadir dari pelbagai bidang.

"Saya sangat terharu menerima anugerah 'Highly Commended' dalam kategori profesion di UK Women of the Future Award 2021.

"Rasa rendah diri untuk dikelilingi ramai wanita muda di Britain, peneraju dari pelbagai bidang perubatan, undang-undang, teknologi, STEM, sukan dan banyak lagi," coretnya.

Meninjau ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata warganet tumpang berbangga dan mengucapkan tahniah kepada Amalina atas pencapaiannya itu.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut mendapat lebih 10,000 tanda suka dan diulang kicau melebihi 2,400 oleh pengguna Twitter.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.