Radio ERA menjadi stesen radio pertama di Malaysia yang mendapat 1 juta subscribers di YouTube.

Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, pihaknya amat berterima kasih kepada semua penyokong ERA yang tidak henti memberi sokongan selama ini.

"Kami ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pendengar dan subscribers ERA yang sentiasa menyokong, anda harus ingat, kami sentiasa 'mendengar' anda juga.

"Penyokong ERA sentiasa menjadi sumber inspirasi buat kami," katanya ketika dihubungi Gempak.

Dhan menambah, ERA tidak akan berhenti setakat 1 juta subscribers di YouTube, sebaliknya akan terus berusaha untuk mempertingkatkan kualiti dari semasa ke semasa.

"Kami tidak akan berhenti dengan 1 juta ini, kami akan terus berusaha dengan menyajikan pengisian yang terbaik dengan pelbagai cerita, drama dan macam-macam lagi untuk orang ramai.

"Kami juga akan meneruskan kerjasama dengan pelbagai platform lain agar ERA terus menjadi pilihan yang terbaik," katanya lagi.

Stesen radio kegemaran ramai itu menerima anugerah Gold Button dari YouTube susulan jumlah subscribers yang mencecah 1 juta.

Tahniah Gempak ucapkan kepada stesen radio ERA!