Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob dianugerahkan World Top Outstanding Master Chef Awards sempena World Top Gourmet Awards 2019 yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square semalam.

Selain mewakili Malaysia, Fazley yang merupakan bekas juara MasterChef Celebrity 2012 itu menerima anugerah tersebut bersama individu dari seluruh dunia termasuk Cef Chen Hong mewakili Taiwan, Cef Adam Wong (Hong Kong), Cef Jeeraphon Ritthep (Thailand), Cef Gabriel Bonnin Roig (Sepanyol), Cef David Kim Dong-Hyun (Korea Selatan) dan Cef Stefu Santoso (Indonesia).

Cef dari Malaysia yang turut menerima kategori sama Fazley ialah Cef Amy Beh, Cef Valmurugan Subramaniam, Cef James Ho Soon Boon, Cef Bernard Lee, Cef Lim Wai Keong, Cef Yee Weng Ding dan Cef Alexander Chong.

Bagi Fazley, anugerah itu umpama mimpi sementelah memberikan penghargaan kepada golongan cef tempatan dan antarabangsa.

“Sudah pasti saya gembira atas kemenangan ini, namun saya anggap ia sebagai bonus untuk saya terus melipat ganda usaha dalam dunia kulinari sekali gus membawa nama Malaysia lebih tinggi di persada dunia.” kata pemilik SukaSucre Bistro itu.

Alhamdulillah, all praises to Allah. I want to thank you all for this recognition. It was an amazing experience last night, at Berjaya Times Square Hotel @bthkl, to see amazing chefs and important people from all over the world including Taiwan, Thailand, Korea, Spain winning this prestigious award. Terima kasih buat Uncle @_chefwan58 yang sentiasa memberikan semangat buat saya dan ucapan yang benar-benar membakar semangat saya malam tadi. Terima kasih juga buat Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan juga committee World Top Gourmet Awards 2019 atas pengiktirafan ini. Terima kasih ibu tersayang @rsd.umi dan isteri tercinta @azrene_ahmad kerana sentiasa mendoakan. Buat adik beradik @imranajmain @rafyaakob @farah.yaakob @nadyaakob yang sentiasa support balong. Pastinya buat Bapak yang sentiasa dirindui, this is for you! Alfatihah buat Bapak. #chefslife #worldtopgourmetawards #worldtopgourmetawards2019

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Yang Berhormat Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Turut hadir ialah Presiden World Top Gourmet, Peggy Chong.

Selain World Top Outstanding Master Chef Awards, World Top Gourmet Awards 2019 turut memberikan penghargaan dalam kategori World Top Outstanding Personality & Organisation Awards.

Ini merupakan tahun ketiga penganjuran World Top Gourmet Awards yang bertujuan memberi penghargaan kepada golongan cef dalam memperlihatkan sumbangan paling menyerlah dalam dunia kulinari di peringkat antarabangsa.

Pemenang ditentukan menerusi pelbagai peringkat saringan sebelum diaudit mengikut piawaian tertentu berdasarkan kualiti makanan, perkhidmatan/servis, pengalaman mengunjungi premis, respons pelanggan, persekitaran, menu dan lain-lain.

Antara pihak yang membuat penilaian terhadap penerima anugerah ini terdiri daripada Master Chef of The Year; Yang Berbahagia Cef Datuk Dr. Lum Tuck Loy, Datuk Cef Wan, Cef Kent Vatcharavee Visetpohchanatip, Cef Martin Yan dan Cef Jeffrey Tan.

Terdahulu, bapa kepada empat cahaya mata itu dipilih sebagai Pemimpin Paling Dikagumi Di Asia 2019 anjuran Herald Global & ERTC Media yang berpengkalan di Mumbai, India pada 26 Ogos lalu.