Hiburan

Tahniah! Fiza Abdul Halim Bersalin Anak Ketiga

gempak
Zulaikha Yusof
25/09/2018
07:06 MYT
Sponsor Banner
Tahniah! Fiza Abdul Halim Bersalin Anak Ketiga
Pelakon Fiza Abdul Halim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di KPJ Damansara Specialist Hospital pada 11.23 pagi semalam.
Bergelar ibu buat kali ketiga, Fiza berkongsi perasaan syukurnya di Instagram.
Laman sosialnya turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikut yang teruja dengan kelahiran bayi tersebut.
"Alhamdulillah selamat semuanya tahniah," tulis penyanyi Ifa Raziah.
"Tahniah di ucapkan pada sis sekeluarga kerana menerima kehadiran orang baru..selamat berpantang..rehat dulu bagi badan sihat seperti sedia kala ok," tulis Herni.
Pelakon Nana Tanjung itu berkahwin kali ketiga dengan seorang juruterbang iaitu Aizat Al Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016.
Terdahulu, Fiza pernah berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 dan bercerai pada 2016 tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah bernikah dengan Ahmed Farriq dan dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 9, dan Feeya Adyrra berusia lapan tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024