Tahniah! Isteri Nabil Ahmad Hamil Anak Ketiga

Zulaikha Yusof
September 11, 2018 01:56 MYT
Isteri kepada pelawak Nabil Ahmad, Zira Ayub kini hamil anak ketiga.
Nabil mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Alhamdulillah dah lekat," tulis Nabil.
Sementara itu, Zira turut berkongsi perasaan syukurnya di Instagram.
"Insyaallah 3," tulis Zira.
Nabil dan Zira mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan sudah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
#Nabil Ahmad #Pelawak #Zira Ayub