Tahniah James Wan! Aquaman Raih Lebih USD1 Bilion Selepas 22 Hari

Kamaruddin Razal
Januari 16, 2019 11:51 MYT
Tahniah James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, yang mencipta fenomena apabila berjaya menjadikan filem arahannya Aquaman sebagai Box Office!
Aquaman mencipta sejarah apabila filem terbitan DC dan Warners Bro itu, yang ditayangkan sejak 21 Disember 2018 meraih kutipan lebih dari USD1 bilion pada Sabtu.

The Visual Effects team of #Aquaman is now nominated for VES Awards. Congrats all! pic.twitter.com/N4iCxrxACj

— Aquaman Movie (@aquamanmovie) January 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kutipan sebanyak USD4.5 juta di Amerika Utara dan USD5.4 juta di luar negara membuatkan filem itu berjaya mengutip sejumlah USD988.6 juta pada Jumaat.
Menurut laporan media antarabangsa, sejak filem itu ditayangkan, ia terus menerus memikat penonton seluruh dunia dan ia menjadi filem komik DC yang pertama mencecah billion dolar dalam masa tayangan 22 hari, selain The Dark Knight Rises.
Kejayaan ini membuatkan Wan, pengarah filem warga Australia yang menetap di Los Angeles, menjadi salah seorang daripada 8 pengarah yang mempunyai dua filem dalam kategori 'kelab USD1 bilion'.
Pengarah lain dalam kategori sama termasuk Chris Nolan untuk filem Dark Knight dan Dark Knight Rises, Michael Bay (Transformers 3 dan Transformers 4), Peter Jackson (Lord of the Rings: The Return of the King, The Hobbit: An Unexpected Journey) dan Joss Whedon (Avengers dan Avengers: Age of Ultron).
Pelakon yang menjayakan watak utama sebagai Aquaman, Jason Momoa, turut mengucapkan terima kasih kepada peminat melalui laman Instagram miliknya.
Sumber: Astro Awani
#Aquaman #James Wan