Menerusi akaun Instagramnya, Juliana memberitahu dia bakal bergelar ibu dalam tempoh tiga bulan lagi.
"So happy to announce that I am actually 3 months away from motherhood!
"Hubby and I are so excited to be parents and been eager to share this good news with all of you! Thanks for all the wishes. #alhamdulillah," tulisnya.
Pelakon filem Bella & Jamie itu turut menunjukkan baby bumpnya ketika sesi penggambaran sebuah majalah tempatan.
Pengumuman Juliana itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminatnya.
Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.