Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Tahniah Malaysia, Silat Akhirnya Diiktiraf Sebagai Warisan Dunia UNESCO! Done Claim!

Hanafis Haris
13/12/2019 10:51 MYT
Selepas melalui pelbagai perdebatan, Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akhirnya mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang memiliki warisan seni bela berkenaan.
 
Berita menggembirakan itu diumumkan menerusi akaun Twitter UNESCO baru-baru ini.
 
Menerusi posting tersebut, UNESCO mengumumkan silat seni warisan Malaysia disenaraikan di bawah kategori 'Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity'.
 
Malah, UNESCO turut memberi sedikit penjelasan mengenai sejarah dan jenis silat yang ada di Malaysia di laman web mereka.
 
Berdasarkan laporan UNESCO, terdapat 150 jenis silat yang dikenal pasti wujud di Malaysia.
 
Kebanyakkan nama silat diambil daripada nama haiwan dan serta alam semula jadi.
 
Anda boleh lihat banyak lagi maklumat didedahkan UNESO di pautan ini, Silat UNESCO.
 
Untuk rekod, seni warisan Mak Yong dan Dondang Sayang juga telah diiktiraf oleh UNESCO, masing-masing pada tahun 2005 dan 2018.
 
Dalam pada itu, Indonesia juga menerima pengiktirafan berkenaan menerusi seni warisan pencak silat.
 
Anda boleh lihat posting UNESCO di bawah.  
#Malaysia #Silat #UNESCO