Hiburan
Tahniah! Mimie Haris Selamat Bertunang
Penyanyi, pelakon dan pengacara Mimie Haris selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Amir.
Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam.
Mimie juga berkongsi beberapa keping foto sepanjang majlis berlangsung beserta kapsyen melahirkan rasa syukur.
"Bismillahirrohmanirrohim..Syukur alhamdulillah everything went smooth.
"Thank you to all my friends and family for the love, doa and support.
"Sorry pada kawan yang tak sempat jemput. InshaAllah umur panjang, panjang jodoh kita jumpa reception nanti okay," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut Mimie mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.
Terdahulu, Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015.
Walau bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada Ogos 2016.
Must-Watch Video