Penyampai radio dan pengacara, Muaz atau nama sebenarnya Muazanazzudin Mohamed mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki buat kali kedua tidak lama lagi.

Menerusi entri di Instagram (IG) Muaz semalam, pengacara tersebut memuat naik foto imbasan ultrasound bersama kapsyen untuk tatapan umum.

"Hai baby see you soon," tulis Muaz secara ringkas.

Kapsyen itu turut diletakkan bersama hashtag #babyEM #emirJr #fatherson #love #muazedi

Hai baby c u soon ? #babyEM #emirJr #fatherson #love #muazedi

A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm) on


Pengikut Muaz di Instagram juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah untuk berita gembira tersebut.

Muaz berkahwin dengan isterinya, Ediana Aziz pada Februari 2013.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Emirza Mukhri yang kini berumur lima tahun.