Nadhir Nasar telah dinobatkan sebagai juara program Hero Remaja 2020 yang melabuhkan tirai sebentar tadi.

Dalam segmen pertama di pentas akhir malam ini, Nadhir telah berjaya menyampaikan video pesanan khidmat masyarakat mengenai isu alam sekitar.

Menerusi segmen kedua pula, Nadhir berjaya menjawab soalan tentang apa yang akan dibualkan jika dia berpeluang untuk makan bersama Oprah Winfrey.

Nadhir berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi dan selempang.

Tempat kedua pula jatuh kepada Umar yang membawa pulang RM7,000 beserta trofi dan selempang.

Merqeen, Jabir dan Haziq pula masing-masing menduduki tempat ketiga hingga kelima dan membawa pulang RM5,000 dan RM1,000 (untuk tempat keempat & kelima) beserta trofi dan selempang.

Untuk makluman, penilaian Finale Hero Remaja 2020 adalah berdasarkan 70 peratus markah juri, dan 30 peratus hasil dari komitmen peserta sepanjang terlibat dalam program tersebut.







Pentas akhir malam ini juga menyaksikan kemunculan Awal Ashaari sebagai hos jemputan untuk menemani hos tetap, Ain Edruce.

Sementara itu, Yusry Abdul Halim diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan dengan dua juri tetap iaitu Datuk Hans Isaac dan Scha Alyahya.

Tahniah diucapkan kepada Nadhir dan semua finalis Hero Remaja 2020!