Atlet terjun negara Pandelela Rinong telah menamatkan pengajiannya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya, Kuala Lumpur semalam.

Pandelela telah berkongsi kegembiraan di akaun instagramnya kira-kira pada pukul 7 malam.

Menerusi entri tersebut, atlet berusia 25 tahun itu berjaya memperoleh ijazah setelah lima tahun setengah menunggu detik itu.

I've been waiting for 5 and the half years to do this.? ? : @khairunneetaaa #umconvo2018 #throwit #graduation #universitimalaya #smartiscoolday

A post shared by Pandelela Rinong (@pandelela) on


"I've been waiting for 5 and the half years to do this," tulisnya.

Ruangan komen entri tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada para peminat dan pengikut Pandelela.

"@khayreenakemal: Congratulations."

"@hakim.ahmd: Diving guna jubah konvo la rare sikit hahaha congrats lulu!"

"@jwsh_23: Congrats pandelela..Very very proud of you. Kamek bangga sebagai orang sarawak..Keep it up ya..All the best in your next step."

"@diatiezaidi: Nice! Congratulations Lela! Keep on shinning!"

"@fitriliafarhana_f: Congratulations Malaysia's Diving Queen! You really are an inspiration! God bless you."

Sekadar info, Pandelela memulakan pengajian di UM pada September 2012.