Naskhah terakhir Allahyarham Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali akhirnya dapat disempurnakan oleh legasinya, Amen Khalid.

Walaupun Amen boleh dianggap masih baru namun bakatnya dalam bidang pengarahan harus diperakui.

BACA: Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Raih 1 Juta Dalam 6 Hari, Tahniah Amen Khalid!

Buktinya filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali arahan Amen ini berjaya menambat hati penonton dan juga pengikut setia Kampong Pisang Universe.

BACA: “Suara Padu, Sampai Enam Kali Tengok” - Lakonan Abang Viral Azman Naim Dipuji, Watak Gerhana Mantap Yeop!

Rata-ratanya memuji bakat Amen dan mendoakan anak keempat Allahyarham Mamat Khalid ini terus berkarya sama seperti bapanya.

Bagi yang belum menonton, saksikan komedi seram, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, di Astro First bermula 3 Mac 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).