Penyanyi dan usahawan popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Selebriti (Celebrity Entrepreneur Lifetime Achievement Award) di Persidangan Akedemi Pengurusan Peringkat Asia ke-13 bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Selasa lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh akaun Instagram rasmi jenama kosmetik penyanyi tersohor itu iaitu @officialsimplysiti.

"Alhamdulillah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, presiden SIMPLYSITI & Siti Nurhaliza Production telah dianugerahkan dengan Celebrity Entrepreneur Lifetime Achievement Award di majlis 13th Asian Academy of Management Conference yang telah disambut dengan gemilang di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

"Teruskan menjadi inspirasi buat kami di SIMPLYSITI & seluruh rakyat Malaysia," tulis pengendali akaun.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat penyanyi kesayangan mereka itu.

Alhamdulillah, petang semalam Dato Sri Siti Nurhaliza, Presiden SIMPLYSITI & Siti Nurhaliza Production telah dianugerahkan dengan Celebrity Entrepreneur Lifetime Achievement Award di majlis 13th Asian Academy of Management Conference 2019 yang telah disambut dengan gilang gemilang di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Teruskan menjadi inspirasi buat kami di SIMPLYSITI & seluruh rakyat Malaysia. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ SIMPLYSITI turut ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada semua pengguna setia SIMPLYSITI yang telah menyokong perjalanan SIMPLYSITI sepanjang hampir 10 tahun ini. We love you! ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ #SIMPLYSITI #ForTheBeautyInYou #SimplyLavishSimplyYou

A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti) on


Dalam pada itu, Siti turut berkongsi perkara itu di ruangan IG Story miliknya.

"Alhamdulillah," tulisnya ringkas menzahirkan kesyukuran.



Sedikit info mengenai Siti, penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 1995 dan terus berjaya melakar populariti sehingga kini.