Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tahniah! Syed Saddiq Antara 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Dunia

Rozaimi Zubaidi
29/11/2018 02:20 MYT
Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman, 25, disenaraikan antara 20 anak muda paling berpengaruh di dunia dalam senarai “100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government” terbitan Apolitical.

Penyenaraian ini meletakkan beliau antara dua wakil dari Asia yang berjaya dinobatkan dalam senarai 20 teratas dunia bersama Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar Andra Pradesh di India.

Penyenaraian ini adalah salah satu usaha Apolitical untuk meraikan peranan belia bawah 35 tahun dalam pembikinan dasar kerajaan yang turut menyenaraikan 100 anak muda paling berpengaruh kepada kerajaan dari seluruh dunia.

“Belia tidak seharusnya dipinggirkan, tetapi keutamaan dalam proses pembinaan negara,” jelas Syed Saddiq kepada Apolitical.

Apolitical juga memberi perhatian terhadap usaha Syed Saddiq yang cuba mengubah umur layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Syed Saddiq yang juga Ketua Sayap Pergerakan Pemuda PPBM (Armada) dan Ahli Parlimen Muar.

Apolitical adalah organisasi berpangkalan di London yang menyatukan penjawat awam dan pembuat dasar di 140 negara.

Antara individu yang turut tersenarai ialah Datuk Bandar termuda dalam sejarah Amerika Syarikat Michael Tubbs , Senator termuda Kenya Naisula Lesuuda dan Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi di Maio.

Sumber: Astro Awani
#Menteri Belia Dan Sukan #100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government #Syed Saddiq Abdul Rahman
;