Tahniah... Upiak Tak Tun Tuang Selamat Bertunang!

Rozaimi Zubaidi
Julai 28, 2019 19:34 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Dilham pada Sabtu lalu.
Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam.
"Alhamdulillah. Bertunangan dengan @dzilhm1412. 27 Julai 2019,” tulisnya ringkas.
Menerusi beberapa entri lagi, Upiak turut berkongsi beberapa keping foto semasa majlis berlangsung bersama tunangnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut Upiak mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.
"@yamnnr: Tahniah Upiak. Selamat bertunangan semoga kekal ke jinjang pelamin."
"@zulinaziz: Congrats Upiakkk"
"@ariantiseptina: Selamat ya Upiak Isil semoga segalanya lacar sampai ke hari pernikahannya. Amin."
Terdahulu, Upiak pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan bercerai dua tahun selepas itu.
Perceraian Upiak bersama bekas suaminya disebabkan oleh keluarga bekas suaminya yang kurang menggemari dirinya.
#Penyanyi #Penyanyi #Upiak