Pelakon Zara Zya selamat melangsungkan pertunangan dengan aktor Hafreez Adam dalam sebuah majlis tertutup hari ini.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram usahawan kosmetik terkenal, Alha Alfa.

"Tahniah. Yeay makeup done for my lovely @zarazya happynya tak lama dah!

"Penyakit berjangkit lepas I. You pulak okey I happy gila-gila.

"Selamat bertunang Zara! I doakan cepat-cepat ke jinjang pelamin," tulisnya.

Rata-rata pengikut Alha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Terdahulu, keluarga Hafreez datang merisik pada 8 September lalu.

BACA: Hafreez Adam Datang Merisik, Zara Zya Rahsiakan Atas Permintaan Keluarga

Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.

taahhhniiaaahhhhhhh!!!! yeayyy makeup done for my luvly @zarazya happyyynyaaaaaaa xlama dah! penyakit berjangkit lepas i..u pulak okehhh i happy gila2!! selamat bertunang zara! i doakan cepat2 ke jinjang pelamin ??? love tak foudation baru @alhaalfacosmetics_hq ?? gebu gebas! . . makeup : @alhaalfa . hairdo : @ezal_ezlizan . dress : @syafieq_ayman

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on