Tahniah...Aishah Terima Gelaran Datuk
Asraf Aided
14/01/2022 08:35 MYT
14/01/2022 08:35 MYT
Penyanyi popular Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah merupakan antara individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran, bintang pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.
Aishah, 57, telah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.
Seramai 410 individu dalam senarai penerima anugerah kebesaran didahului oleh Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SNSS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Selain Aishah yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan, antara penerima DBNS lain adalah Ahli Dewan Negara Senator Dr Ahmad Azam Hamzah, Pengarah Urusan & Rakan Operasi McDonalds Malaysia, Azmir Jaafar dan Pakar Perunding Kardiologi Dr. Asri Abdullah Ramaiah.
Meninjau akaun Instagram milik penyanyi lagu Janji Manismu itu, beliau telah mula menerima ucapan tahniah daripada peminat.
"Tahniah Datuk Aishah, sepatutnya dah lama dapat, tapi kalau ada rezeki tak kemana," tulis netizen.
"Tahniah kak dapat gelaran Datuk, patutnya dah lama dapat," tulis yang lainnya.
"Waalaikumusalam dan tahniah Datuk Aishah," tulis seorang lagi pengguna Instagram di ruangan komen sebuah entri yang dikongsi Aishah.