Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tahu Batas, Julia Farhana Jelas Isu Bela Anjing - “Dia Tak Akan Jilat, Makan & Najis Diuruskan Oleh..”

Azwa Rahman
09/02/2022 05:55 MYT
Meskipun membela seekor anjing di dalam rumah, pelakon Julia Farhana mendedahkan dirinya tahu tanggungjawab dan batas sebagai seorang beragama Islam.

Menurut Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 28, dia tidak mahu hipokrit kerana umum mengetahui dia ada membela seekor anjing yang diberi nama Julio.

“Saya tahu ini perkara yang sensitif dan saya faham sebagai sorang muslim, netizen risau dengan isu terkena air liur atau tersentuh sewaktu basah.

“Ju dari dulu tak suka kongsi perkara peribadi, in fact tak pernah pun, tapi ada beberapa kali juga orang awam ada je orang nampak Ju bawa dia keluar sebab anjing ni lain sikit, mereka perlu dilatih dan berjalan setiap hari. Jadi Ju dengan anggota keluarga yang lain akan bertukar giliran.

“Umum dah ramai nampak saya dengan Julio dan saya tak nak hipokrit. Saya tahu my duties as a muslim, dan saya nak jaga hubungan bukan sahaja sesama manusia tetapi juga dengan hidupan lain seperti haiwan, alam semulajadi dan sebagainya.

“Saya harap perkara ini boleh menjernihkan sebarang kekeliruan,” ujar Julia ketika dihubungi Gempak.

Jelas aktres yang berasal dari Kota Kinabalu ini lagi, segala urusan makan dan membuang najis anjingnya diuruskan oleh pembantu rumahnya yang bukan beragama Islam.

“Pasal bagi makan, mandi, tukar pampers sebab tak nak dia kencing merata, semua tu diuruskan oleh our non muslim maid. Setiap bulan juga kita hantar ke tempat groomers jadi memang tak ada bersentuhan dengan dia masa basah langsung.

Even in the video kalau perasan dia tak sentuh Ju langsung, dia takkan jilat dan bukan jenis anjing yang berliur. Dia tidak berlegar-legar dalam rumah, hanya terhad di beberapa kawasan je seperti di taman.

“Bilik saya memang bersambung dengan pintu taman, paling dekat jadi dia boleh akses.

“Bilik solat pun dekat tingkat paling atas dimana Julio tak boleh masuk pun.

“Pembantu peribadi saya yang bertudung pun dia tak pernah sentuh sebab dia tahu yang dia tak dibenarkan sentuh,” terangnya lagi.

Selain Julio, keluarga Julia turut membela tujuh ekor kucing yang semuanya diselamatkan dan kini dijaga dengan baik.

“Julio ditinggalkan pada usia dua bulan sebab ada penyakit kulit. Saya dan keluarga jaga dia dan kami dan biasa berada berdekatan dengan anjing sejak kecil lagi.

“Kami pernah melatih anjing semasa membesar di Australia dulu, ibu bapa saya ada empat ekor anjing dan semuanya sudah dilatih dengan baik.

“Apa yang paling penting macam pergaulan kita dengan manusia juga, kena tahu batas. Lagipun sekarang kalau tersentuh masa basah pun ada sabun samak,” katanya lagi.
#Julia Farhana #Julio #Selebriti bela anjing
;