Laman Utama

“Tahu Mak Risau…”- Minta Maaf Pada Ibu, Jue Aziz Tak Dapat Cari Jodoh

gempak
Syafiqah Jalal
23/04/2021
05:06 MYT
Sponsor Banner
“Tahu Mak Risau…”- Minta Maaf Pada Ibu, Jue Aziz Tak Dapat Cari Jodoh
Pelakon Jue Aziz memohon maaf kepada ibunya kerana tidak dapat menunaikan permintaan orang tuanya yang mahu melihatnya berkahwin sekali lagi.
Namun sempena hari lahir ibunya, Jue bersyukur kerana dapat hadiahkan ibunya dengan bacaan khatam Al-Quran yang baru .
“Alhamdulillah..akhirnya khatam Al-Quran syukur. Satu sahaja lagi permintaan mak, saya tak dapat nak tunaikan..Jodoh!
“Tahu mak risau..susah sakit semua, saya seorang pun tak apa asalkan ada mak. Kita bercinta brdua jelah mak!
“Mana tahu esok lusa jodoh saya dijemput Ilahi..sempatlah saya bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramdhan terakhir..2
“Doakan ya Mak Jue diberikan kesihatan..kuatkan semangatnya amin,” katanya.
Jue berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama, Jue memuat naik video yang melahirkan rasa syukur kerana dapat khatam al-Quran di bulan Ramadan ini.
Jue bercerai dengan suaminya, pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal selepas lima tahun mendirkan rumah tangga.
Pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata namun memiliki anak angkat Darwish Naufal, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live