Laman Utama
"Tahu Tiada Duit, Kenapa Berhutang?" - Dalam Pada Sensitif Dengan Sindiran, Ryzal Durian Kimchi Dedah Ada DM Minta Tolong Bayarkan Ansuran...
“Saya pun tidak takut jika kehilangan pengikut kerana rezeki datang dari Allah. Saya tidak pernah takut jika jatuh atau pengikut lari,” kata pempengaruh Ryzal Ibrahim yang tidak kisah dengan kecama netizen terhadap dirinya.
Menurut Ryzal, ramai dalam kalangan netizen yang tidak memahami mesej yang hendak disampaikan menerusi video yang memaparkan tentang realiti kehidupan golongan B40.
Enggan memohon maaf kepada sesiapa yang terasa dengan video tersebut, Ryzal berkata sepatutnya segelintir golongan itu sepatutnya menyedari pembelanjaran mereka lebih daripada kemampuan.
“Kecaman yang diterima masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya tak rasa itu satu kesan kepada saya. Mungkin mereka tidak faham maksud sebenar disebalik video tersebut, mereka tidak memahami isi tersirat.
“Namun ada juga yang mesej saya dan beritahu mereka minta maaf kerana tidak faham maksud sebenar pada awalnya. Tetapi lebih jelas selepas tonton video penjelasan.
“Mereka perlu sedar perbelanjaan mereka lebih dari pendapatan,” kata Ryzal kepada Gempak.
Tidak menyangka ia disalah erti segelintir pihak, Ryzal menegaskan apa yang dikongsikannya itu hanya itu memberi kesedaran kepada golongan B40 untuk lebih berjimat dan tidak berbelanja sehingga berhutang.
“Kalau tahu tiada duit kenapa perlu berbelanja banyak sehingga berhutang. Mungkin golongan macam ini (B40) sangat sensitif dengan sindiran. Sepatutnya saya beri kesedaran itu kenalah berterima kasih.
“Sejujurnya, saya banyak terima DM yang meminta bantuan hanya untuk membayar duit ansuran telefon bimbit mereka selain untuk duit untuk bayaran bulanan Coway,” ujarnya.
Must-Watch Video