Pasti ada dalam kalangan pembaca Gempak pernah mengalami masalah dalam bercinta bukan? Lebih teruk lagi sampai ada yang merana dan patah hati.
Namun, tahukah anda sindrom patah hati ini sebenarnya boleh sebabkan serangan jantung?
Menurut posting di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, seorang doktor pakar jantung telah berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit wanita yang mengalami serangan jantung apabila 2/3 otot jantungnya gagal berfungsi.
Doktor yang merawat itu pada awalnya bingung kerana pesakit berkenaan mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tiada sejarah keluarga yang menghidap sakit jantung.
Walaubagaimanapun selepas diselidik, rupanya wanita itu pernah mengalami kesedihan dan kekecewaan melampau selepas kehilangan insan tersayang dalam satu tragedi dan mengalami 'Sindrom Patah Hati' yang telah memberi kesan kepada jantungnya.
Dikatakan 90% mereka yang mengalami sindrom ini adalah wanita.
"Kita boleh merasa kecewa kerana itu adalah sifat manusia normal tetapi ia perlu berpada-pada dan terkawal untuk elak kesihatan terjejas," jelasnya.