Vokalis Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berhasrat untuk melakukan sesuatu dalam kerjaya nyanyiannya tahun hadapan.

Amy berkata, dia kini sedang mencari idea untuk mencapai impiannya itu.

"Ia macam kisah si penulis novel yang menulis final chapter di muka surat terakhir dan tulisan terakhir adalah the end.

"Ada kalanya mereka cuba panjangkan tapi menjadi terlalu membosankan. Ending kena tempat untuk jadikan senaskah novel itu best seller. Lebih kurang macam itu.

“Dalam perjalanan ke Kaikora, New Zealand sambil cari idea apa yang terbaik untuk habiskan solo dream aku.

“Mungkin Cerita Aku.. Amy.. Lagi pun tahun depan aku dah 62 tahun dan rasanya memang dah sampai masa untuk habiskan apa yang ada dalam kepala otak aku dan aku harap sesuatu yang magik akan berhasil.

"Aku hanya nak move to my next magic dream Insya-Allah,” tulisnya.

Pelantun lagu Tiada Lagi itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto yang ketika ini sedang bercuti dengan anaknya, Nabila Huda yang bercuti di New Zealand.

Menurut Amy dia kini sedang berehat dengan anak-anaknya selama dua minggu sebelum sibuk dengan urusan kerjanya.

"Dua minggu take a break dengan anak-anak. Sampai KL 31hb aku akan terus ke Tokyo.

“Lepas Tokyo akan ke Singapore event dengan Presiden Singapura dan dari sana aku ke Jogjakarta.

“Jadual aku sebenarnya terlalu padat sampai hujung tahun. Alhamdullilah dan aku hnya berusaha dan selebihnya tawakkal,” katanya lagi.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengharapkan konsert dari Search sebagai buah tangan terakhir buat mereka.

Ia mcm kisah si penulis novel yg menulis final chapter di muka surat terakhir dn tulisan terakhir ada lah the end. Ada kala nya mereka cuba panjangkn tpi menjdi terlalu membosankn. Ending kena tmpt utk jadikan senaskah novel itu best seller. Lbih kurang cmtu. Dlm perjlnan ke Kaikora, New Zealand smbil cari idea apa yg terbaik utk habiskn solo dream aku. Mungkin Cerita Aku.. Amy.. Lgi pn thn dpn aku dh 62thn dn rasa nya memang dh smpai masa utk abiskn apa yg ada dlm kepala otak aku dn aku harap sesuatu yg magik akn berhasil. Aku hnya nk move to my next magic dream Insya'Allah. 2minggu take a break dgn anak2. Smpai KL 31hb aku akn trus Tokyo. Lps Tokyo akn ke Singapore event dgn Presiden Singapura dn dri sana aku ke Jogjakarta. Jadual aku sebenar nya terlalu padat smpai hujung thn. Alhamdullilah dn aku hnya berusaha dn selebih nya tawakkal. #amysearch #phewiiit #amymagik #amycamouflage #amyaku #amysuatumasa

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on