Pelawak dan penyampai radio Era, Fad Bocey memberi bayangan seolah-olah mahu menambah ahli keluarga baru pada tahun depan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fad berkongsi gambar anak-anaknya berserta kapsyen yang menimbulkan persoalan dalam kalangan peminatnya.
"Koleksi anak-anak mommy dan daddy.
"Adakah akan bertambah koleksi ni pada tahun 2019," tulisnya.
Rata-rata menyokong dengan apa yang dikatakan oleh Fad dan mendoakan agar dia dapat menambah ahli keluarga baru pada tahun depan.

Fad dan isterinya, Nur Syahirah A.Rahman yang merupakan adik kepada pelawak terkenal Jihan Muse, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 27, dikurniakan cahaya mata kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang kini baru berusia 3 tahun.
Anak bongsu perempuannya itu dilahirkan pada 19 November 2017.
Mengenai perkembangan lain, Fad, kini muncul dalam Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) bersama kumpulan Bocey yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.