Berita

“Tahun Ini Rezeki Allah Makbulkan Bersama Anak Di Dalam Kandungan”- Isteri Aliff Syukri

Syafiqah Jalal
07/08/2019
04:03 MYT
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Haji meskipun sedang hamil anak kelima.
Jelas Shahida, ini kali kedua dia berpeluang melakukan ibadah Haji selepas kali terakhir pada tahun 2016.
Shahida turut memohon agar semua mendoakan kesihatannya serta bayi dalam kandungan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Alhamdulillah.... Tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di bumi Makkah… Tidak keseorangan bersama anak saya yang masih di dalam rahim yang temankan saya sepanjang berada di sana.
“Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yang saya dapat hingga membuatkan saya berkobar-kobar tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji.
“Alhamdulillah, tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni.... Doakan saya dan bayi dalam kandungan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur,” tulisnya.
Shahida yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik foto bersama anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.
Menurutnya lagi, dia amat berterima kasih kepada suaminya yang memberi restu kepadanya untuk menunaikan ibadah tersebut.
Tambah Shahida, perkara yang paling berat adalah untuk meninggalkan anak-anak, terutamanya Yusoff yang baru berusia setahun.
”Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tengah hamil.... Terima kasih sudi bagi peluang pada saya dan jagakan anak-anak.
“Jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak-anak terutama Yusoff yang masih kecil.... Tapi saya yakin Insya-Allah anak-anak saya dalam perlindungan Yang Maha Esa...
“Kepada semua sahabat sama ada yang mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yang membuatkan anda tersinggung,” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan urusan Shahida dipermudahkan dan selamat.
Shahida berangkat ke tanah suci pagi semalam bersama ibu mentuanya, Rozita Ibrahim.

" لبيك اللهم لبيك .. لبيك لا شريك لك لبيك .. إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah . Alhamdulillah ....tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di Bumi Mekah.....tidak keseorangan bersama anak saya yg masih di alam rahim❤️.yg temankan saya sepanjang berada di sana . Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yg saya dapat hingga membuatkan saya berkobar2 tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji ...Alhamdulillah tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni....doakan saya dan bayi dlm kandungan diberi kesihatan yg baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur...terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tgh hamil....terima kasih sudi bg peluang pada saya dan jagakan anak2...jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak2 terutama yusoff yg masih kecil....Tapi saya yakin Insya Allah anak2 saya dlm perlindungan yg Maha Esa...kepada semua sahabat samada yg mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yg membuatkan anda tersinggung.

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.